Thursday 4 October 2012

Rio 1st drawing..... =)

Mummy  suka menconteng, melukis, mewarna dan mencipta hasil seni. Sebab mummy kan contemporary artist cum mother cum peniaga online. hehehe.... So, mummy memang teringin sangat nak tengok anak mummy melukis. Maka, suatu hari bertarikh 13rd september 2012, genap rio berumur 1tahun 3hari, mummy pun bagi la rio main crayon. Rio pun suka la sebab colorful kan.... di ambil nya satu-satu warna, di belek. mummy bagi sekeping kertas lukisan. And show Rio camna nak guna crayon and kertas tu. Rio follow apa mummy buat. Mummy happy, pandai anak mummy. So, mummy biarkan la dia menconteng. Tak dan 10minit, di ngap nya crayon-crayon tu! ahhhh, tak leh jadi. Next time la kita main crayon lagi.... hehehe. Tak sempat mummy nak snap gambar Rio masa tengah menconteng tu. Tapi, ni la hasil contengan Rio yang pertama....


Errrrr.... yang ketupat kering tu, sekadar hiasan ya. mummy memang suka simpan benda-benda seni macam ketupat tu dalam art room mummy. hahaha! ketupat kering dari zaman mummy sebelum kawin lagi you... Amacam? cantik tak Rio conteng? nanti mummy ajar Rio main cop cop pulak k. kita main paint pakai kaki and tangan..... tak sabarnya nak tunggu Rio besar sikit lagi iaitu fasa tak masukkan benda bukan-bukan dalam mulut, boleh la mummy ajar Rio teknik-teknik lukisan yang lain. Enjoy!!!! =)

No comments:

Post a Comment