Saturday 2 November 2013

sekarang mummy rio ada personal fb page untuk resepi makanan baby dan toddler.... dah lama x update sini kan. btw, feel free to browse my humble recipes ya! link https://www.facebook.com/YummyMummyRioRecipes ..... tqvm! and jangan lupa browse kedai online mummy rio jugak.... ada latest products on sale... sesuai utk mommies modern.... link http://www.facebook.com/MummyRioStore ... sayang semua! salam awal muharram... semoga kita menjadi lebih baik dari sebelum ini... amin... =)

Thursday 16 May 2013

Mummy Rio store's 1st giveaway! https://www.facebook.com/MummyRioStore


Penyertaan di  https://www.facebook.com/MummyRioStore

GIVEAWAY!:
Mummy Rio nak bagi GIVEAWAY kepada 2 orang pemenang. Boleh pilih mana-mana barang yang ada suka dalam album ready stock di sini. barang tersebut akan dipos terus kepada anda secepat mungkin.

Cara-cara:
1) like foto mana-mana barang yang anda suka dalam album ready stock mummy rio store dan tag 3 orang rakan anda pada foto tersebut.
2) berikan slogan menarik :
Saya suka mummy rio store kerana ................
3) PM nama, alamat, no h/p kepada kami.

Mudah! join sekarang. free je....

Pemilihan adalah berdasarkan slogan menarik. Keputusan akan diumumkan pada jam 12tghari, 21 May 2013, Selasa.

Friday 4 January 2013

Aktiviti seni Rio bersama Mummy di rumah ;)

Mummy dah mula dedahkan Rio dengan lukisan lately.  Masa Rio dalam perut mummy, mummy selalu cakap dengan Rio pasal lukisan yang mummy buat. Lukisan untuk tempahan dan juga yang mummy create sendiri. masa rio 10bulan, mummy dah bagi Rio main crayon. Rio conteng atas kertas lukisan, dah lama-lama, Rio masuk mulut. hehe... standard la. baby kan... so, mummy hold dulu activity tu. tapi nie hasil contengan rio yang pertama.


Then, masa Rio baru turn to 1year 3months old, mummy's bff, auntie Yin Ling datang visit Rio and gave present for u. tadaaa... a canvas with acrylic colors for kids and palette. yay! mummy dah lama nak belikan Rio set painting for kids tu. Auntie Yin Ling sangat memahami. Then, mummy pun start painting for the 1st time with u. formal sikit la..... hehehe....

look at how u paint sayang. But, normal la. Toddler punya focus sekejap je. Rio paint 5min, then mula la nak main benda lain. But, it turns to be nice painting actually. abstract painting. mummy so proud of you. sebab mummy cuma titik titik je color on canvas, then rio guna tangan, brush and foot jugak masa paint. its ok... mummy suka rio ada interest nak main kotor. hehehe... nie painting Rio yang pertama. mummy and daddy letak tittle, Mysterio.

Mummy tak nak sell painting nie. sebab memory untuk Rio nanti bila dah besar. Then, for the second artwork, mummy bagi Rio paint on canvas yang besar sikit. 20x60cm.... macam biasa, u just fully focus on canvas, only 5min je. Tapi, mummy still suka cara Rio paint. Bila Rio ketuk-ketuk brush atas color tu, effect dia terpercik tu, jadi corak yang cantik. Rio dah mula selesa sikit demi sikit dengan color, brushes dan canvas.





Dan kini, Rio dah ada 2 artworks on canvas! yay!!! dan artwork kedua Rio nie, bila mummy tanya Rio nak letak tittle apa, Rio said "AJUVIA". mummy  pun tak paham, tapi mummy harap, baby2 kat luar sana paham apa maksudnya. hahahah.... mummy akan cuba jual lukisan rio nie dan income akan masuk ke saving  Rio semestinya. permulaan yang baik sayang.... mummy sentiasa proud dengan anak mummy nie. semoga Rio membesar, walaupun tak jadi pelukis macam mummy, penulis macam daddy, tapi Rio akan jadi tousand times better dari kami. Amin.....


Mummy dan Daddy mahukan yang terbaik untuk Rio. We love you so much lil' darling! =)

Wednesday 26 December 2012

Experience Rio short holiday at Taiping and Ipoh Nov 2012..


Firstly, baru harini mummy sempat nak story pasal short holiday kami masa cuti deepavali, Nov 2012 haritu. Mummy busy sikit, x sempat nak memblog. =P Al-kisahnya, daddy nak bawa Rio and mummy pegi Cameron Highland or Bukit Tinggi pada mulanya. Tapi during deepavali, sana memang jam. so, kami cancel la planning tersebut dan booking hotel kat taiping siap2. Takut hotel sana pun full. 

Kami bertolak ke Taiping pada sebelah pagi. Singgah makan durian Bukit Gantang sebijik dan terus ke Taiping. Sampai kat Taiping, masih awal lagi untuk check in. so, kami melawat sekitar Taiping dulu. 1st, daddy bawa kami ke Taman Tasik Taiping. Just lepak2 tengok pemandangan yg fresh dan hijau. 

Rio walks with daddy at Taman Tasik Taiping
Rio with mummy on the ferry at Taman Tasik Taiping
Kemudian kami melawat Burmese Pool, cantik sangat sungai tu. Air dia terlampau sejuk sampai Rio tak nak mandi. Tapi sebenarnya, Si Rio pun dah sleepy masa tu. heh heh.... So, next... tepat jam 2ptg, kami terus check in at SSL Trader Hotel, Taiping untu rest dan lunch before menanti lewat petang jalan-jalan dan night safari malam nanti. =)

Rio yang excited main dalam hotel room
Rio sangat suka suasana bilik hotel tu. Pic kat atas macam flash man dia lari sana sini main. Mummy and daddy memang x larat kejar dia. Kepenatan, kami tido sebentar. 

Rio suka mandi dalam bowl yang muat2 je
Rio and mummy dah siap nak kuar jalan2
Petang tu, jam 5petang, kami keluar ronda-ronda sekitar pekan Taiping pulak. Daddy bawa pegi kedai yang famous dengan roti canai dan teh tarik... just mamak biasa, tapi teh tarik dia memang kaw!

Want Teh Tarik?
Then, lepas makan-makan, jalan-jalan, hari dah senja. Kami gerak pergi zoo taiping. Rupa-rupanya kaunter tiket memang buka sharp 8malam. so, kami terpaksa main-main kat luar zoo dulu. Rio suka tengok figure2 haiwan kat luar zoo tu. 


Rio main bubbles at zoo taiping
Dah dapat tiket, kami masuk tengok night safari. Dah nama pun malam, memang x nampak ape la kalau amek gambar pun. hahaha.... so, kami just enjoy the view dari atas train saja. nak berjalan, malas pulak. hehe.... Rio sangat suka dengan hippo dan seladang. standard la, dorang kan debab. huhuhu...

Balik dari night safari, kami singgah makan sate dan minum2 di salah satu port lepak malam-malam. after that, Rio pun dah ngantok, so balik tido je la. =)

Rio tido kepenatan bermimpikan haiwan2 zoo
Pagi-pagi lagi kami dah bangun. mandi2 dan sarapan before check out from hotel. On the way ke Ipoh pulak, kami singgah di Lost World Tambun. mandi manda time!


Dah penat mandi2, kami ke rumah moyang Rio, onyang su di ipoh. lepak-lepak sekejap dan kami terus bergerak balik ke kota damansara. penat.... walaupun short holiday je, tapi kami sangat enjoy! thanks mr.hubby sebab bawak me and Rio jalan-jalan. =) Yang penting, banyak experience yang Rio dapat sepanjang short holiday tu... Alhamdulillah... =)

Sunday 11 November 2012

Raya Haji dan aktiviti di kampung bersama Rio last October...!

Nak cerita sikit pasal Rio balik kampung celebrate Aidiladha... Daddy hantar Rio and mummy balik kampung awal. Cuti panjang. Lama sikit Rio dapat main dengan Wandad and Nenda Rio kat kampung. Best!! 
Nak dijadikan cerita, Rio demam malam 1st kat kampung tu... gambar nie masa snap keesokan harinya pegi klinik.
Rio dah sihat, Wandad bawa Rio pegi ladang anggur kat Sik. Rio jalan-jalan makan anggur.
Rio jugak pegi acara sukan tahunan sekolah Acu.... best, tengok orang bersukan. Acu menang banyak medal jugak. 
Ni gambar acu dengan kawan dia masa hari sukan tu. 
Waktu malam-malam, rio suka lepak kat balkoni rumah wandad. main lari2 sebelum masuk tido.... hehe. 
Haaaa... tibalah hari Aidiladha. Di pagi aidiladha, rio smart2 pakai baju raya... hensem?
Ni gambar Rio dengan Wandad di pagi Raya... 
Ni gambar keluarga mummy.... =)
Rio suka balik kampung. pagi-pagi rio bangun awal. pukul 5.30 pagi sebelum ayam-ayam kat rumah jiran wan berkokok. Rio berkokok dulu atas katil. pastu, rio akan breakfast dengan wan, nenda, acu, mummy.... dan rio suka hantar acu pegi sekolah naik motor dengan wan. jangan x tau, rio suka naik motor. pantang tengok wan pakai baju nak start motor, mula la Rio menggeletis nak naik jugak. tapi rio sangat banyak aktiviti di kampung. selain tengok binatang2 kat sana yang susah rio nak tengok kat KL nie, Rio jugak boleh main bola dan jumpa kawan-kawan baru. wan dan nenda belikan rio basikal kecik. nanti rio nak balik lagi main basikal..... best sangat beraya di kampung. (wahhhhh! wat karangan cam rio pulak yang menulis. yg best nya mummy dia nie haa.... =P)

Sunday 28 October 2012

Rio at ART EXPO 2012 MATRADE

30th September, mummy and daddy bawa Rio pegi Matrade. Art Expo event favorite mummy. Rio tengok banyak lukisan dan artwork serata dunia and jumpa ramai orang kat sana.


Rio and mummy bergambar sakan kat sana. Daddy tolong snap pic... hehe.


Ada Sculpture best kat sana!


Dalam banyak-banyak art booth, mummy suka booth from Brazil ni. Surrounding dia sangat attractive.... Rio enjoy music samba yang dipasang kat booth tu. Mummy pulak enjoy painting sambil ambil ilham. Best!




Next year boleh pergi lagi.... =)


RIO join storytelling session at FRIM 29th sept 2012

Tak sempat berblogging beberapa minggu ni. nak update aktiviti si kecik Rio ni haa... =) 29th sept haritu, dia follow daddy organize storytelling event kat FRIM. Ya, daddy scriptwriter, tapi daddy jugak manage event. So, buat pertama kalinya, Rio berkesempatan join event daddy. Ramai kawan..... and Rio is the youngest one.


Kawan-kawan baru Rio ni, sangat lah responsive. Semoga Rio jugak akan menjadi kanak-kanak yang clever dan responsive macam kakak-kakak dan abang-abang ni.




Lepas habis sesi storytelling tu, RIO and DADDY terjun sungai FRIM. hehehe.... tapi Rio tak de mood sangat. Mungkin sebab mummy tak mandi sekali kot? haha.... so, Rio mandi sekejap je la. Lepas tu lepak dengan mummy, tengok daddy mandi.... ehehe...


Hari tu, memang hari yang memenatkan. Tapi Rio sangat enjoy dan belajar benda baru... thankz daddy bawa Rio explore hutan dan belajar. =)