Sunday 11 November 2012

Raya Haji dan aktiviti di kampung bersama Rio last October...!

Nak cerita sikit pasal Rio balik kampung celebrate Aidiladha... Daddy hantar Rio and mummy balik kampung awal. Cuti panjang. Lama sikit Rio dapat main dengan Wandad and Nenda Rio kat kampung. Best!! 
Nak dijadikan cerita, Rio demam malam 1st kat kampung tu... gambar nie masa snap keesokan harinya pegi klinik.
Rio dah sihat, Wandad bawa Rio pegi ladang anggur kat Sik. Rio jalan-jalan makan anggur.
Rio jugak pegi acara sukan tahunan sekolah Acu.... best, tengok orang bersukan. Acu menang banyak medal jugak. 
Ni gambar acu dengan kawan dia masa hari sukan tu. 
Waktu malam-malam, rio suka lepak kat balkoni rumah wandad. main lari2 sebelum masuk tido.... hehe. 
Haaaa... tibalah hari Aidiladha. Di pagi aidiladha, rio smart2 pakai baju raya... hensem?
Ni gambar Rio dengan Wandad di pagi Raya... 
Ni gambar keluarga mummy.... =)
Rio suka balik kampung. pagi-pagi rio bangun awal. pukul 5.30 pagi sebelum ayam-ayam kat rumah jiran wan berkokok. Rio berkokok dulu atas katil. pastu, rio akan breakfast dengan wan, nenda, acu, mummy.... dan rio suka hantar acu pegi sekolah naik motor dengan wan. jangan x tau, rio suka naik motor. pantang tengok wan pakai baju nak start motor, mula la Rio menggeletis nak naik jugak. tapi rio sangat banyak aktiviti di kampung. selain tengok binatang2 kat sana yang susah rio nak tengok kat KL nie, Rio jugak boleh main bola dan jumpa kawan-kawan baru. wan dan nenda belikan rio basikal kecik. nanti rio nak balik lagi main basikal..... best sangat beraya di kampung. (wahhhhh! wat karangan cam rio pulak yang menulis. yg best nya mummy dia nie haa.... =P)