Monday 17 September 2012

Pengalaman pregnant dan deliver Rio... ;)


Firstly, i sangat beruntung sebab mengandungkan Rio tanpa masalah. Syukur.. happy pregnancy. Masa mula-mula terasa lain macam tu, bila ada satu hari, i terlebih emo. Menangis kat balkoni sebab my hubby tak nak bawa i beli gula merah nak buat cekodok gula merah. Terasa teringin nak makan sebab teringat, dulu masa sekolah, my mum selalu buat cekodok tu buat bekal. Air mata berjurai tak tau kenapa. Tak pernah-pernah jadi cam ni. Then period delay 7 hari. Straightly i buat pregnancy test. Wohoo, 2 lines. And pegi check up at Klinik TTDI, doctor cakap dah 5weeks. Then bila 9weeks, bermula lah rutin check up dekat klinik kesihatan Kelana Jaya. Tak ada alahan, and happy all the time.

5months preggie
40weeks preggie













Masa pregnant 26weeks, buat 3d/4d scan kat Penang. Free scan session sebab jadi model untuk doctor-doctor. Masa tu, 1st time tengok muka Rio. Tengok badan, kaki, tangan, jari, tuuuut tuuuut, tali pusat.... excited sangat! Syukur dapat tau, anak mummy sihat tubuh badannya.

Rio 3d/4d scan

Masa hujung-hujung pregnancy, dah nak dekat raya. Me and hubby plan balik kampung awal sebab kalau dah lewat-lewat sangat, takut terbersalin tengah jalan. So, masa minggu ke 37 pregnancy, dah ada kat kampung. Sambung check up kat Kedah la pulak. Nak dijadikan cerita, minggu ke 38, i kena jumpa doctor sana. So, pergi check up kat Klinik Kesihatan Kuala Ketil. Tetiba je, doctor check perut. Dia kata i’m having contraction! What??? Memang tak rasa apa pun. Cuma perut menegang. Tak sakit...  then doctor suruh nurse check bukaan. They said, 2cm dilated. And call my husband masuk bilik tu. Hah??? Kena hantar i pegi hospital cepat. Dengan keadaan terkejut, maka merasa la naik ambulance yang bunyi nii noo nii noo tu. Laju gila driver tu bawak mengalahkan i nak bersalin time-time tu jugak. Hubby follow dari belakang. Uuuuu,rugi tak snap gambar dalam ambulance tu... heh heh...  sampai Hospital Sultan Abdul Halim, i kena warded.. Lepas 4 hari 3 malam kat hospital, dapat discharge sebab false contraction. Lega dalam hati sebab dah nak dekat raya. Harapnya lepas raya lah bersalin. Kekekekeke...  

gambar dengan hubby kat ward
Pada 8th sept 2011, dah memang lepas raya time tu. Due date besok, tapi hari nie kira movement Rio, lambat sangat nak cukup 10 kali. Selalu paling lambat pukul 2 petang, Rio dah complete 10 kali gerak. Dengan perasaan risau, maka tunggu jugak sampai 5 petang. Tapi tak sedap hati, ajak hubby and my mum pergi hospital petang tu. Doctor check, bukaan masih 1cm. Tapi contraction baby ada. Cuma i tak rasa sakit jugak. CTG machine show jantung baby laju. So, kena warded and doctor cakap kena induce untuk bagi cepat bukaan and i akan rasa sakit. Lepas je induce malam tu, straightly i rasa sikit demi sikit sakit contraction tu. Memang keep updating hubby. Doctor cakap, kalau tak buka jugak, kena masuk 2nd pil esok. Dan kalau tak bersalin jugak, kena c-zer.

Pada 9th sept 2011, pukul 6 pagi. Doctor check bukaan.. its 3cm dilated oredi. Dan dah boleh turun labour room. Dengan rasa happy-nya, i breakfast cepat-cepat sebab nak kumpul tenaga nak push jap lagi. Wahhhhh....... bukan main tak sabar nak jumpa Rio. Call hubby bagitau nak masuk labour room. Dah tukar baju segala, maka ditolak turun ke labour room dan jumpa hubby dulu pass handphone n cium tangan mintak maaf (acewah), pastu terus masuk bilik. 1 bilik, 1 patient, 1 doctor monitor. So, dah duduk atas katil tu, doctor datang masukkan urine tube, pecah ketuban.... masa tu, dah rasa sakit. Rio macam memberontak nak keluar. Tapi kena tunggu sampai 10cm. 7cm to go!

Sejam sekali doctor datang check, 4cm, 5cm, 6cm... progress slow. Dalam kesakitan, i x sedar hari dah malam. Masuk bilik pukul 7 pagi, then sekarang dah malam? Hubby dibenarkan masuk teman i. Sebab dah terlampau lama dalam labour room. Ya.... i feel extraordinary pain! Hubby suap air sebab i sangat dahaga. Hubby lap muka sebab bibir i terlampau kering.... dan i terasa sangat sakit. Akhirnya doctor bagi i sedut the gas. Oh, lupa apa nama gas tu... haha! And i rasa high sangat-sangat bila sedut. Dalam keadaan lapar, ye la, dah setengah hari dalam bilik tu, i sedut gas terus i rasa dalam satu kotak putih... lapang je.... i nampak adik lelaki i datang bawak ayam goreng. Sedapnya.... bila i buka tempat sedut tu, i nampak muka hubby tengah cakap dengan i. Tapi i x dengar apa dia cakap tadi sebab i sangat high. Ada juga i nampak kawan-kawan yang i x kenal datang bagi makanan. I tanya hubby, mana kawan i.... memang sangat x sedar diri masa tu.

Rasa sakit makin kuat berselang seli rasa lapar, dahaga. Doctor check lagi, bukaan 8cm.... check lagi, bukaan 8cm... 8cm lagi.... akhirnya, doctor mintak i sign surat emergency c-zer... kecewa jugak masa tu sebab lagi 2cm je lagi nak try normal delivery. Tapi sebab sakit yang melampau-lampau, pasrah. Dah lewat malam masa tu... diangkat naik trolley, dan tunggu untuk dihantar ke operation room. Hubby ada bersama. Nasib dia ada, dia la peneman dan semangat i. Dah 12mlm, tapi operation room penuh. Kes accident darah beku dalam otak dan ibu tumpah darah, terpaksa di dahulukan. Sebab mereka lebih kritikal. So, i tunggu sampai tiba my turn. Dalam waktu tu, mulut sentiasa beristighfar, tak putus-putus ucap kalimah syahadah. Sambil kadang-kadang terkeluar juga jeritan sakit..... dahaga, nak minum. Mintak hubby bagi air, tapi doctor tak bagi. Sebab dah nak operation. Maka, menangislah atas trolley tu....

Dah dekat pukul 6pagi, baru i ditolak masuk operation room. Kena bius kat tulang belakang, dan kebas separuh badan. Dibaringkan atas katil operation room, terbau macam rambut kena api... pastu terasa macam perut di guris dengan pembaris. Tak sakit. Dan tetiba, terdengar bunyi yang sangat dinantikan. Bunyi yang buat i terasa bahagia selepas satu hari seksaan menanti..... bunyi tangisan Rio mencecah sunyi suasa waktu subuh. Jam sudah 6.42pagi. Doctor angkat Rio dan tunjukkan dekat i. Cium dahi Rio, terasa bahagia sangat...! Rio dibawa pergi utk disedut dan dicuci... seterusnya ke bilik bayi. Ya, hubby and my mum jumpa rio kat luar Operation room dulu. I dibawa ke bilik asing untuk dicuci, ditukar baju dan kemudian ke ward. Hubby and my mum ikut serta. Selepas 6jam, baru i dibenarkan bergerak dan makan. So, terlantarlah atas katil. Tapi yang best, Rio ada kat sebelah. Wink wink!!!!!!!!!! 

hari 1st bersama Rio
 Nak breastfeed Rio, my mum yang angkatkan letak atas i. Dalam keadaan demam, dan penat, i terasa sangat lega dan bersyukur, dah ada baby! Hehehe.... hubby pun azankan Rio. Semua orang happy dengan kehadiran hero kami. Alhamdulillah.... selamat semuanya. Pengalaman yang sangat membahagiakan dan takkan dilupakan. Jutaan terima kasih terutama sekali kepada suami tersayang mr.yen sebab sabar dan banyak membantu dari awal preggie sampai bersalin dan lepas bersalin pun. Hehe... kepada mak, abah, mak mertua, bapa mertua dan keluarga yang sentiasa mendoakan kami. Kepada kawan-kawan yang memberi sokongan.... dan kepada doctor-doctor, nurse-nurse HSAH, Sg. Petani.... Sangat bertuah diberi rezeki yang sangat berharga dari Allah. Akan kami laksanakan tanggungjawab dan amanah ini sebaiknya. Rio Qaiser B. Mohd Najib, andalah permata mummy dan daddy! Sayang Rio.... =)

Rio 1st Day
Proud mummy and daddy!

 Thank You for reading!! =p

Friday 14 September 2012

Penceritaan baru bermula.... =)

Blog ni adalah personal blog pertama yang i ada. cuma untuk share pengalaman dunia ibu yang sedang dilalui sekarang dengan si manja Rio Qaiser. baru nak berjinak-jinak orang kata.... hehe. boleh la buat siri bacaan di hari tua. koleksi memori tersimpan di blog ini. anak cucu nanti pun boleh baca.... keh keh keh... =P